Melayu dan Islam or Islam dan Melayu?????
assalamualaikum semua,
saya tak tahu mengapa saya menulis blog tetapi mungkin ini yang saya dapat salurkan isi hati tentang agama dan bangsaku.Islam dan Melayu???? atau Melayu dan Islam??zaman sekarang khususnya di Malaysia sudah berpecah belah,mengapa saya katakan begitu??
kerana orang Melayu sudah tidak berani bersuara walaupun di tanah Melayu kita sendiri.
Tetapi dalam hal ini,ingin saya ketengahkan mengapa kita sebagai orang melayu,LAYU di bumi Malaysia,tanah nenek moyang bangsa Melayu dan bumiputra kita.Bukan tujuan saya menunjukkan sikap perkauman,tidak...itu jauh sama sekali tetapi tujuannya untuk membangkitkan semangat bersatu orang Islam dan Melayu sekarang.
Melayu dan Islam??
orang melayu sekarang mengatakan mereka perlu bersatu untuk mengangkat agama Islam mereka,tetapi sedarkah kita bahawa agama Islam kita sudah mengajar Islam itu bersatu tidak kira apa bangsa anda,jaminan nya anda akan hidup harmoni tanpa ragu-ragu dengan agama Allah yang indah ini.
penulisan ini tidak menyebelahi mana-mana pihak politik di Malaysia ini tetapi apa yang berlaku pada tahun ini,tentang kerajaan perpaduan.Sedih untuk katakan bila perkara yang diharapkan kepada pemimpin besar orang Melayu,tidak terlaksana dek kerana tidak berfikir tentang kemajuan agama dan bangsanya sendiri,malahan untuk kuasa peribadi masing-masing.
faktor Melayu jatuh????
Islam mengetengahkan kemajuan umatnya dari segi politik,ekonomi dan sosial.3 aspek yang jika dijaga dengan hebat,akan menghasilkan negara berdaulat dan aman harmoni.tetapi sedarkah kita orang Islam dan Melayu ini sering megamalkan riba dan rasuah mengikuti seperti kaum-kaum lain yang tiada halangan untuk mereka melakukan rasuah.
Contohnya,projek kerajaan persekutuan diperoleh orang Melayu,tetapi dek kerana kabur diberi rasuah sebanyak beberapa yang dia mahu,sanggup mengALI BABA kan projeknya,menggadaikan maruah agama dan bangsanya sendiri.
sememangnya dia sudah menjadi kaya raya tetapi sedarkah dia menjatuhkan Islam dan Melayunya??
saya tertarik terhadap penulisan Tun Mahathir dalam blognya che det,mengatakan bahawa bila kita orang Melayu menyatakan tentang hak dan keistimewaan kita,kaum-kaum lain bising mengatakan kaum Melayu rasis,sedangkan bila di pihak mereka megeluarkan kenyataan yang melampaui batas,mereka menyatakan mereka mahukan kebebasan dan demokrasi.
Ingatlah kaum itu bahawa orang Melayu ada kesabarannya!
berbalik kepada Islam dan Melayu,saya menyeru orang Islam di Malaysia ini tidak kira apa bangsa sekali pun bersatulah!!!demi kemajuan negara Malaysia ini.Soal kau bangsa apa,aku bangsa apa tidak kira jika kekuatan agama Islam itu terletak pada yang tertinggi.
generasi muda Islam dan Melayu,perlulah sedar tanggungjawab mereka untuk meningkatkan ilmu agama Islam mereka agar kita bersama dapat menyaingi kaum-kaum lain dari segi ekonomi khususnya.Jangan biarkan Melayu dipijak di bumi Melayu.
kepada yang berjaya,jangan bersekutu dengan kaum yang mengamalkan rasuah kerana mereka mahu menjatuhkan agama Islam dan bangsa Melayu kini.UMNO juga perlu memainkan peranan penting kerana kita adalah majoriti dalam negara,suara melayu adalah majoriti untuk Malaysia.
sampai bila-bila sekalipun,pemerintah Malaysia mestilah orang Islam dan Melayu,yang mengangkat agama Islam dan Melayu,tanpa menyisihkan agama dan kaum-kaum lain.
Kembalikan kegemilangan Malaysia dengan keunikkan pelbagai agama dan bangsa.